PENYEDIA

PERKHIDMATAN

AWAN (CSP)

TM ialah syarikat telekomunikasi dan teknologi bersepadu yang terkemuka di Malaysia, menawarkan penyelesaian serta perkhidmatan rangkaian dan infrastruktur digital yang komprehensif untuk segmen pasaran pengguna, perusahaan, sektor awam dan syarikat pengendali di peringkat tempatan dan global. Sebagai pemacu Digital Malaysia, TM menginsankan teknologi-teknologi dalam jalur lebar tetap tertumpu, mudah alih, perkhidmatan data, perkhidmatan pintar dan penyelesaian inovatif untuk membina komuniti, perniagaan dan Kerajaan digital.

Komited untuk menambah baik kehidupan dan menyediakan capaian teknologi secara lestari kepada seluruh rakyat Malaysia, TM memanfaatkan amalan terbaik industri dan model operasi yang selamat dan tangkas untuk memacu penciptaan nilai pihak berkepentingan dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

TM telah menetapkan sasaran kelestarian di keseluruhan operasinya untuk meningkatkan prestasi perniagaan jangka pendek dan jangka panjangnya, dengan komitmen sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai asas transformasinya untuk menjadi sebuah TechCo yang berteraskan insan. Menerusi ekosistem tadbir urus korporatnya yang kukuh, TM mematuhi piawaian etika, integriti dan ketelusan tertinggi bagi membawakan penyelesaian untuk masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my

VISI & MISI

Membina Digital Malaysia menerusi teknologi yang memperkasa komuniti, perniagaan dan Kerajaan 

Menyediakan capaian teknologi berteraskan insan secara lestari kepada seluruh rakyat Malaysia

PENYELESAIAN KAMI

PERKHIDMATAN
AWAN

Cloud α menghimpunkan perkhidmatan awan yang menyeluruh, profesional dan terurus.

PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER

Perkhidmatan keselamatan, TM ONE CYDEC – Menguruskan keselamatan siber pada rangkaian swasta dan awam secara berterusan, masa nyata (real-time) dan menyeluruh. Penyelesaiannya diyakini bagi membina ekosistem Malaysia Digital.

PERKHIDMATAN KESALINGHUBUNGAN

Membolehkan transformasi digital dilaksanakan dengan memfokuskan  kepada seni bina infrastruktur dan kecekapan anggota menerusi perkhidmatan TM ONE Connectivity.

PERKHIDMATAN PUSAT DATA

Pusat Data Teras Berkembar TM ONE mendapat pensijilan PCI-DSS, ISO/IEC 27001 dan Reka Bentuk & Kemudahan Pembinaan ‘Uptime Institute Tier III’ kerana mematuhi syarat dan penghunian data pelanggan yang disimpan dalam penstoran tempatan di Malaysia.

PERKHIDMATAN KERJASAMA

Transformasi ke komunikasi berasaskan Opex yang fleksibel dan bersepadu membantu meningkatkan kolaborasi dan kecekapan, proses membuat keputusan, memperkasa pekerja, dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

PERKHIDMATAN BPO

Menyediakan perkhidmatan sumber manusia, penggajian, perakaunan, operasi pusat panggilan dan pengurusan media sosial. Fokus kami dalam perkhidmatan teras, sambil menurunkan CAPEX dan TCO.

PERKHIDMATAN PINTAR

Menggunakan IoT bagi meningkatkan perkhidmatan profesional dengan mewujudkan visi perkhidmatan pintar, penyelesaian pra-arkitek dan perkhidmatan terurus.

BLOK UTAMA KAMI

INFRASTRUKTUR
BERTARAF DUNIA
PENYELESAIAN
BERKUALITI
SOKONGAN
KHUSUS
TRANSFORMASI DIGITAL HOLISTIK

KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.