Smart Urban Forestry ialah penyelesaian digital berasaskan teknologi LiDAR, AI dan analitik data untuk pemetaan, pemantauan dan pengurusan aset pokok bandar secara pintar.
Penyelesaian ini membantu pihak berkuasa tempatan dan pemaju mengenal pasti risiko pokok, memantau kesihatan hijau bandar serta merancang penyelenggaraan secara lebih efisien dan berasaskan data.
CIRI UTAMA
PEMETAAN DIGITAL POKOK BERASASKAN LIDAR & AI
Menghasilkan inventori pokok yang tepat termasuk lokasi, ketinggian, diameter dan klasifikasi spesies menggunakan teknologi pemetaan berketepatan tinggi.
ANALITIK RISIKO & KESIHATAN POKOK
Mengenal pasti pokok berisiko tumbang, keadaan kanopi dan kesihatan melalui analisis data untuk tindakan pencegahan awal.
DASHBOARD PEMANTAUAN
Paparan interaktif berasaskan GIS yang membolehkan pemantauan, pelaporan dan perancangan penyelenggaraan dilakukan secara berpusat.
LAPORAN & PERANCANGAN PENYELENGGARAAN BERASASKAN DATA
Menjana laporan automatik bagi tujuan audit, bajet tahunan dan perancangan pengurusan hijau bandar.
DAYA SAING DAN NILAI TAWARAN
MENGURANGKAN RISIKO & LIABILITI AWAM
Membantu mengurangkan kejadian pokok tumbang dan insiden keselamatan melalui pengesanan risiko awal.
MENGOPTIMUMKAN KOS PENYELENGGARAAN
Perancangan penyelenggaraan lebih tepat berdasarkan data sebenar, bukan anggaran manual.
MENINGKATKAN KELESTARIAN & ESG BANDAR
Menyokong inisiatif bandar hijau, pemantauan karbon dan pematuhan agenda ESG secara sistematik.
MENINGKATKAN KETELUSAN & TADBIR URUS
Menyediakan data yang boleh diaudit untuk tujuan laporan dalaman dan pembentangan kepada pihak berkepentingan.
KENAPA PILIH TM
INFRASTRUKTUR & PUSAT DATA DI MALAYSIA
Semua data dihoskan dalam pusat data tempatan bagi memastikan pematuhan keperluan data residency serta tahap keselamatan yang tinggi mengikut piawaian industri.
PENGALAMAN LUAS DALAM SEKTOR KERAJAAN & ENTERPRISE KRITIKAL
Rekod pelaksanaan projek berskala besar merangkumi agensi Kerajaan dan organisasi enterprise yang memerlukan tahap kebolehpercayaan dan pematuhan tinggi.
PASUKAN KESELAMATAN DIIKTIRAF & OPERASI 24/7
Disokong oleh pasukan keselamatan berpengalaman dengan pemantauan berterusan bagi memastikan sistem sentiasa stabil, selamat dan tersedia.
PENYELESAIAN DIGITAL MENYELURUH (END-TO-END)
Keupayaan mengintegrasikan cloud, rangkaian, keselamatan dan pemantauan dalam satu ekosistem lengkap bagi menyokong operasi bandar pintar secara holistik.
SENARIO PENGGUNAAN DALAM SEKTOR KERAJAAN
SENARIO PENGGUNA 1:
Sebuah Majlis Perbandaran menghadapi isu pokok tumbang dan aduan awam berkaitan penyelenggaraan landskap. Melalui pelaksanaan Smart Urban Forestry, semua pokok di kawasan pentadbiran dipetakan menggunakan teknologi LiDAR dan dianalisis oleh sistem AI.
Dashboard pemantauan membolehkan jabatan landskap mengenal pasti pokok berisiko tinggi, merancang kerja pemangkasan secara berjadual dan mengutamakan kawasan kritikal seperti sekolah dan jalan utama.
Data yang dikumpulkan turut digunakan untuk laporan ESG, perancangan bajet tahunan dan pembentangan kepada Ahli Majlis. Hasilnya, risiko keselamatan berkurang, kos operasi lebih terkawal dan pengurusan hijau bandar menjadi lebih sistematik dan telus.
SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.