Optical Character Recognition (OCR)

Optical Character Recognition

Pengecaman Aksara Optik (OCR) adalah perkhidmatan yang secara automatik mengenal pasti aksara bercetak dan tulisan tangan, serta menukarkannya menjadi teks yang boleh diedit. Ia membolehkan anda mendapatkan maklumat tepat daripada pasport dan imej web untuk menyokong proses onboarding dan pengesahan pelanggan. OCR mengesan dan mengekstrak teks daripada imej, kemudian menukar keputusan pengecaman kepada format JSON yang boleh diedit. Dengan API terbuka, OCR boleh dipanggil menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Python dan Java untuk mengautomasikan pengumpulan data penting serta membina sistem perkhidmatan pintar yang meningkatkan kecekapan operasi.

CIRI UTAMA

OCR secara automatik mengesan dan mengekstrak teks daripada imej, menghapuskan keperluan untuk kemasukan data secara manual.

Penyelesaian OCR menggunakan pembelajaran mesin dan model AI untuk memberikan ketepatan pengecaman yang tinggi, walaupun daripada imbasan berkualiti rendah atau diputar pada sebarang sudut, sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan data.

Dengan mengautomasikan pengambilan data daripada dokumen seperti pasport, OCR mempercepatkan aliran kerja seperti pendaftaran pelanggan, pengesahan identiti, dan semakan pematuhan.

DAYA SAING DAN NILAI TAWARAN

KECEKAPAN MASA DAN KOS

Mengautomasikan kemasukan data secara manual, mengurangkan masa pemprosesan dan kos operasi secara keseluruhan.

KEBOLEHSKALAAN DAN FLEKSIBILITI TINGGI

Mampu mengendalikan sejumlah besar dokumen dalam pelbagai format dan bahasa, menyesuaikan diri dengan keperluan perniagaan yang pelbagai.

PENINGKATAN PEMATUHAN DAN KESELAMATAN

OCR memastikan pengekstrakan data yang tepat dan konsisten serta mengurangkan pengendalian manual, sekali gus meningkatkan pematuhan peraturan dan keselamatan data.

KENAPA PILIH TM

PUSAT DATA & KESALINGHUBUNGAN BERTARAF ENTERPRISE

TM mengendalikan pusat data Tier III yang disepadukan dengan rangkaian gentian nasional dan kabel dasar laut global TM, memastikan prestasi tinggi, kependaman rendah dan kebolehsediaan tinggi.

KESELAMATAN, PEMATUHAN & KEBOLEHPERCAYAAN

Perkhidmatan cloud TM direka untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan enterprise serta sektor awam, disokong operasi 24/7, pemulihan bencana dan keupayaan keselamatan siber yang kukuh.

EKOSISTEM CLOUD MENYELURUH

Melalui TM One Cloud Alpha, TM menyediakan penyelesaian hujung ke hujung merangkumi cloud, pusat data, rangkaian, keselamatan siber, perkhidmatan terurus dan khidmat profesional, memudahkan perjalanan transformasi digital pelanggan.

PENYEDIA CLOUD TEMPATAN YANG DIPERCAYAI

TM ialah penyedia cloud tempatan Malaysia yang dipercayai, menawarkan kedudukan data (data residency), kedaulatan dan pematuhan tempatan, khususnya untuk industri yang dikawal selia seperti kerajaan, kewangan dan GLC.

SENARIO PENGGUNAAN DALAM SEKTOR KERAJAAN

SENARIO PENGGUNA 1:

Masalah Pelanggan
(Customer Pain Points)

  • Kemasukan data secara manual daripada halaman biodata pasport
  • Jumlah pemprosesan yang tinggi semasa tempoh puncak (cuti sekolah, musim cuti dan musim pengajian luar negara)
  • Risiko kesilapan transkripsi dan ketidakselarasan data
  • Beban operasi yang meningkat di kaunter imigresen

Penyelesaian Dicadangkan:
Pemprosesan Pasport Berasaskan OCR (Solution)

Melaksanakan Optical Character Recognition (OCR) untuk mengekstrak maklumat pasport secara automatik daripada imej pasport yang dimuat naik atau diimbas.

Sistem OCR membaca halaman biodata pasport serta menukarkannya kepada data digital berstruktur untuk kegunaan sistem seterusnya.

Kebaikan (Pros)

OCR memberikan nilai yang signifikan dengan meningkatkan kecekapan operasi melalui pengurangan masa pemprosesan manual dan keupayaan mengendalikan jumlah permohonan pasport yang tinggi semasa tempoh puncak, di samping meningkatkan ketepatan dan keselamatan data dengan meminimumkan kesilapan manusia serta memastikan konsistensi data merentas sistem berlainan.

SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.