Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) - PRISM 2.0
PENYELESAIAN CABARAN TERDAHULU
PRISM 2.0 dibangunkan melalui infrastruktur awan natif (cloud native) untuk mengatasi cabaran sistem PRISM 1.0 yang berdepan masalah dari aspek skalabiliti, keselamatan, dan pemodenan.
PELAKSANAAN BERFASA DAN POLISI NEGARA
Projek ini dilaksanakan secara berfasa dari tahun 2024 hingga 2027. Ia turut membantu JPPH menyokong secara proaktif Dasar Pengkomputeran Awan Negara (National Cloud Policy).
KETEPATAN POLISI PERUMAHAN
Ketersediaan data hartanah digital secara ekosistem membolehkan pihak kerajaan merangka polisi perumahan yang lebih tepat serta selaras dengan permintaan semasa.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI
Transformasi digital ini dikuasakan oleh teknologi canggih termasuk Kecerdasan Buatan (AI), rantaian blok (blockchain), Internet Benda (IoT), dan data raya (big data).
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)
KECEKAPAN TADBIR URUS
Pelaksanaan persekitaran pengkomputeran awan (cloud) memberikan impak positif dalam meningkatkan lagi kecekapan tadbir urus MAIPs.
PENGURUSAN ZAKAT YANG EFEKTIF
Sistem baharu ini memudahkan kutipan serta agihan zakat kepada golongan asnaf agar menjadi lebih cekap, produktif, mampan, dan pintar.
MODUL AWAN MENYELURUH
Pelbagai modul penting telah berjaya dibangunkan di atas rangka kerja awan, termasuk pengurusan zakat dan wakaf, e-zakat, e-wakaf, e-bayaran, e-perkhidmatan, pengurusan hartanah, serta pengurusan vendor.
INFRASTRUKTUR SELAMAT
Penyediaan infrastruktur ini merangkumi awan peribadi maya (virtual private cloud) yang mematuhi standard piawaian kerajaan.
KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.