INFRASTRUKTUR-SEBAGAI-PERKHIDMATAN (IaaS)

INFRASTRUKTUR-SEBAGAI-PERKHIDMATAN

Dalam dunia yang pantas dan serba kompetitif, infrastruktur IT perlu beroperasi dalam masa yang singkat.

Infrastruktur-sebagai-Perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service – IaaS) Cloud α menawarkan perkhidmatan infrastruktur IT terbaik dalam kelasnya tersendiri, bagi memenuhi keperluan institusi kerajaan. Ia menyediakan sumber pengkomputeran asas (pelayan fizikal atau maya) yang terdiri daripada komputasi, penyimpanan, infrastruktur rangkaian, firewall, dan ruang pusat data.

CIRI UTAMA

Pelanggan Cloud α boleh mengakses sumber awan dengan penyambungan awan dan keselamatan siber TM untuk menikmati:

  • Infrastruktur berprestasi tinggi yang mudah ubah dan dipercayai
  • Menggunakan model “bayar berdasarkan penggunaan”
  • Mampu menampung pelbagai beban kerja

CLOUD EYE

Cloud Eye adalah perkhidmatan untuk memantau sumber, menetapkan peraturan penggera, mengatur penggunaan sumber serta meningkatkan prestasi sumber.

CLOUD TRACE SERVICE

Cloud Trace Service (CTS) merekodkan operasi sumber awan dalam akaun anda untuk membuat analisis keselamatan, memantau perubahan sumber, melaksanakan pematuhan audit, dan mengesan masalah.

ANTI DDOS

Pertahanan DDoS pada lapisan jaringan dan aplikasi dengan pemberitahuan penggera masa nyata.

TAWARAN IAAS

Cloud α menawarkan pelbagai sumber untuk memenuhi semua keperluan aplikasi anda.

PENGGUNAAN AM

CPU DAN MEMORI SEIMBANG
Membantu untuk meringankan beban kerja.

Contoh Kegunaan

  • Pelayan untuk ujian
  • Pelayan untuk pembangunan
  • Pelayan web untuk trafik rendah dan sederhana

KOMPUTASI DIOPTIMUMKAN

NISBAH CPU-KEPADA-MEMORI YANG TINGGI
Untuk penggunaan komputasi tinggi seperti pelayan trafik web sederhana, peralatan rangkaian, proses berkumpulan, dan pelayan aplikasi.

Contoh Kegunaan

  • Aplikasi gred perniagaan
  • Pengkalan data hubungan
  • Pelayan web trafik tinggi
  • Penganalisaan data raya
  • Pelayan permainan rangkaian

MEMORI
DIOPTIMUMKAN

NISBAH MEMORI-KEPADA-TERAS YANG TINGGI
Untuk beban kerja dengan memori yang berat. Direka untuk pelayan pangkalan data hubungan besar, cache sederhana hingga besar, dan analisis dalam memori.

Contoh Kegunaan

  • Pengkalan data LargeSQL dan No SQL, SAP
  • Aplikasi gudang data

SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.