DataArt Studio
DataArt Studio
DataArts Studio ialah platform pembangunan dan operasi data sehenti yang merangkumi keseluruhan kitaran hayat data. Platform ini menyediakan fungsi seperti integrasi data, pembangunan, tadbir urus, dan perkhidmatan data, menyokong pembinaan pintar pangkalan pengetahuan industri, serta menggabungkan asas data seperti storan big data, pemprosesan, dan enjin analisis. Ia membantu pelanggan perusahaan membangunkan keupayaan operasi data dengan cepat.
CIRI UTAMA
SUBJECT DESIGN
Seni Bina DataArts membolehkan pembentukan sistem pengelasan data bersepadu untuk pengurusan data berasaskan direktori. Dengan pendekatan ini, proses pengelasan, carian, penilaian dan penggunaan data menjadi lebih cekap dan tersusun. Melalui seni bina berhierarki yang komprehensif, aset data dapat ditakrif dan diklasifikasikan dengan jelas, sekali gus meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap nilai serta kebolehpercayaan aset data organisasi.
DATA STANDARDS
DataArts Architecture membantu mewujudkan piawaian data yang berasaskan proses serta disusun secara sistematik mengikut keperluan organisasi. Selaras dengan piawaian kebangsaan dan piawaian industri, ia membolehkan organisasi menyeragamkan data perusahaan serta meningkatkan kualiti data agar data lebih dipercayai dan mudah digunakan.
DATA MODELLING (PERMODELAN DATA)
Pemodelan data melibatkan pembangunan sistem model data yang bersepadu. DataArts Architecture membolehkan pembinaan sistem data bertaraf perusahaan secara berperingkat berdasarkan spesifikasi dan model data. Sistem ini menggabungkan data daripada lapisan awam (public layer) dan pustaka subjek (subject libraries), sekali gus mengurangkan lebihan data (redundancy), silo data, ketidakselarasan dan kekaburan data secara ketara. Ini membolehkan aliran data yang lebih lancar, meningkatkan perkongsian data serta mempercepatkan inovasi.
Kaedah Pemodelan Data yang Disokong:
- Pemodelan ER (Entity-Relationship)
- Pemodelan Dimensi (Dimensional Modeling)
- Data Mart
DATAARTS FACTORY
DataArts Factory menyediakan antara muka pengguna (UI) yang intuitif serta kaedah pembangunan terbina untuk pembangunan skrip dan tugasan. DataArts Factory turut menyokong penjadualan tugasan yang dihoskan sepenuhnya, operasi & penyelenggaraan (O&M), serta pemantauan, selain menggabungkan saluran pemprosesan data industri (industry data processing pipelines).
Tugasan pembangunan data boleh diwujudkan dalam beberapa langkah mudah, dan keseluruhan proses adalah visual. Tugasan dalam talian boleh dibangunkan secara kolaboratif oleh beberapa pengguna. DataArts Factory membolehkan pengurusan perkhidmatan awan big data serta mempercepat pembinaan pusat pemprosesan big data.
DATAARTS SECURITY
Keselamatan Siber
Pengasingan penyewa (tenant isolation) serta kawalan kebenaran akses dilaksanakan untuk melindungi privasi dan keselamatan data sistem serta pengguna, berdasarkan pengasingan rangkaian yang telah ditetapkan, kumpulan keselamatan (security group), dan peraturan pengukuhan keselamatan (security hardening rules).
Kawalan Kebenaran Pengguna
Kawalan akses berasaskan peranan (role-based access control) melibatkan pemadanan peranan dengan kebenaran dan menyokong dasar kebenaran terperinci bagi memenuhi pelbagai keperluan kebenaran. DataArts Studio menyediakan empat peranan: pentadbir (admin), pembangun (developer), pengedar (deployer), pengendali (operator), dan pemerhati (viewer). Setiap peranan mempunyai kebenaran yang berbeza.
Keselamatan Data
DataArts Studio menyediakan mekanisma semakan untuk proses-proses utama.
Data dikendalikan mengikut tahap dan kategori sepanjang kitaran hayat, memastikan pematuhan privasi data dan keupayaan pengesanan (traceability).
DAYA SAING DAN NILAI TAWARAN
ONE-STOP DATA OPERATIONS PLATFORM
DataArts Studio ialah platform operasi data sehenti yang membolehkan pelbagai operasi dilakukan, termasuk penggabungan data daripada setiap domain, reka bentuk seni bina data, pemantauan kualiti data, pengurusan aset data secara pusat, pembangunan perkhidmatan data, serta penyambungan data daripada pelbagai sumber. Ringkasnya, platform ini membolehkan pembangunan penyelesaian tadbir urus data yang komprehensif.
DIVERSE DATA DEVELOPMENT TYPES
DataArts Studio mempunyai pelbagai dasar konfigurasi penjadualan dan keupayaan penjadualan tugasan yang mantap. Platform ini menyokong pembangunan kolaboratif dalam talian oleh beberapa pengguna, penyuntingan dalam talian serta pertanyaan masa nyata (real-time query) bagi skrip SQL dan Shell, dan pembangunan tugasan melalui nod pemprosesan data seperti CDM, SQL, MRS, Shell, dan Spark.
ALL-ROUND SECURITY ASSURANCE (PERLINDUNGAN KESELAMATAN MENYELURUH)
Pengesahan keselamatan bersepadu, pengasingan penyewa, penggredan dan pengkelasan data, serta pengurusan kitaran hayat data memastikan privasi data, kebolehlauditan, dan keupayaan pengesanan.
Kawalan akses berasaskan peranan membolehkan pemadanan peranan dengan kebenaran dan menyokong dasar kebenaran terperinci bagi memenuhi pelbagai keperluan kebenaran.
KENAPA PILIH TM
PUSAT DATA & KESALINGHUBUNGAN BERTARAF ENTERPRISE
TM mengendalikan pusat data Tier III yang disepadukan dengan rangkaian gentian nasional dan kabel dasar laut global TM, memastikan prestasi tinggi, kependaman rendah dan kebolehsediaan tinggi.
KESELAMATAN, PEMATUHAN & KEBOLEHPERCAYAAN
Perkhidmatan cloud TM direka untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan enterprise serta sektor awam, disokong operasi 24/7, pemulihan bencana dan keupayaan keselamatan siber yang kukuh.
EKOSISTEM CLOUD MENYELURUH
Melalui TM One Cloud Alpha, TM menyediakan penyelesaian hujung ke hujung merangkumi cloud, pusat data, rangkaian, keselamatan siber, perkhidmatan terurus dan khidmat profesional, memudahkan perjalanan transformasi digital pelanggan.
PENYEDIA CLOUD TEMPATAN YANG DIPERCAYAI
TM ialah penyedia cloud tempatan Malaysia yang dipercayai, menawarkan kedudukan data (data residency), kedaulatan dan pematuhan tempatan, khususnya untuk industri yang dikawal selia seperti kerajaan, kewangan dan GLC.
SENARIO PENGGUNAAN DALAM SEKTOR KERAJAAN
SENARIO PENGGUNA 1:
Cabaran Pelanggan
- Tiada paparan masa nyata untuk memantau data kritikal COVID19
- Data kes aktif, kumulatif dan kes import tidak disatukan dalam satu pandangan
- Kelewatan mendapatkan gambaran situasi semasa
- Keputusan kawalan pandemik menjadi lambat dan kurang berkesan
- Sukar menyokong perancangan fasa seterusnya dengan data terkini
Penyelesaian Dicadangkan
Data Lake Insight (DLI) membolehkan proses pengambilan data masa nyata dan hampir masa nyata daripada pelbagai sistem melalui pemprosesan aliran dan kelompok berasaskan Apache Flink dan Apache Spark, seterusnya menyatukan data tersebut dalam lapisan analitik bersepadu. Dengan analisis latensi rendah (low-latency), sokongan SQL standard, serta integrasi natif dengan platform BI, DLI menyediakan papan pemuka operasi yang konsisten dan berskala tinggi bagi pemantauan indikator kritikal.
Kebaikan (Pros)
Prestasi Analitik Sepantas Milisaat
Dikuasakan oleh enjin sumber terbuka yang dioptimumkan, DLI menyampaikan analisis interaktif sepantas milisaat melalui memori dalaman (internal memory), membolehkan cerapan diperoleh hampir serta‑merta walaupun untuk beban kerja berskala besar.
Mudah Digunakan
Bangunkan analitik dengan pantas menggunakan SQL standard yang serasi sepenuhnya dengan ANSI SQL 2003—tanpa pembelajaran yang rumit.
SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.