KESELAMATAN SIBER
(CYBER SECURITY)

ASAS KEPERCAYAAN DIGITAL

Dalam dunia serba digital, kepercayaan merupakan satu teras utama dalam setiap organisasi bagi memacu produktiviti. Menurut IDC, kepercayaan digital adalam merupakan agenda utama dalam kalangan pemimpin organisasi bagi setengah dekad akan datang.

Kepercayaan digital perlu bertahan daripada ancaman siber dan penguasaan dalam lima (5) risiko utama:

  • Keselamatan siber
  • Kepatuhan
  • Privasi
  • Etika
  • Tanggungjawab sosial


Di TM, keutamaan kami melindungi infrastruktur kritikal anda. Keselamatan Siber merupakan Managed Security Service Provider (MSSP) penuh yang menyediakan perlindungan untuk pelbagai perkhidmatan digital termasuk 5G, Perkhidmatan Awan, Informasi Maklumat (IT), Teknologi Operasi (OT), Internet Benda (IoT) dan lain-lain Infrastruktur Nasional dan Maklumat yang Kritikal (CNII) secara langsung.

TAWARAN KESELAMATAN SIBER

Kesan, respon, dan lindungi perniagaan anda dengan Keselamatan Cyber. Bina kepercayaan dengan melindungi data, identiti dan peranti merentas rangkaian persendirian dan awam menerusi penyelesaian keselamatan siber terurus dan menyeluruh Keselamatan Cyber.

FIREWALL
GENERASI TERBARU

Melindungi daripada pelbagai ancaman keselamatan rangkaian melalui perkhidmatan keselamatan dan rangkaian tersedia untuk awan awam dan persendirian.

FIREWALL APLIKASI WEB (WAF)

Barracuda WAF melindungi aplikasi web, mudah alih dan API daripada digodam, dan mencegah pencerobohan data agar reputasi anda kekal dipercayai.

PENGESANAN DAN RESPON TITIK AKHIR

Pengesanan dan Respon Titik Akhir merupakan penyelesaian keselamatan titik akhir yang mengesan dan menyiasat insiden keselamatan, mengekang kejadian di titik akhir, dan memulihkan titik akhir ke keadaan prainsiden.

KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.