Untuk memastikan objektif Transformasi Digital Sektor Awam tercapai, perkara penting yang perlu diambil kira adalah modal insan sektor awam yang berkebolehan.
Pegawai-pegawai ini merangkumi Pegawai di Sektor Awam pada setiap peringkat dan peranan, untuk masa sekarang dan juga akan datang.
TENTANG AKADEMI CLOUD CONNECT
Akademi Cloud Connect diwujudkan apabila Cloud Connect dipilih sebagai salah satu syarikat Penyedia Perkhidmatan Terurus untuk inisiatif MyDigital dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Objektif:
Untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan Telekom Malaysia dan Cloud Connect kepada kerajaan.
Pemindahan Teknologi (Technology Transfer) dan Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing) sektor swasta dengan sektor awam (kerajaan) menerusi latihan - latihan kompetensi IT yang ditawarkan.
Untuk menaik taraf kompetensi IT Pegawai Kerajaan bagi merealisasikan aspirasi inisiatif MyDigital dan Strategi Cloud First.
PELAN TINDAKAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA
Diterajui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 19hb Februari 2021.
Teras strategik yang telah dikenal pasti adalah Transformasi Digital di Sektor Awam.
Memperkasakan perkhidmatan pengkomputeran awan sektor awam, menerusi strategi Cloud First yang telah menyasarkan migrasi 80% data awam ke sistem awan hybrid menjelang akhir 2020.
Pengumpulan dan pengurusan data secara lebih berkesan dan lancar; strategi ini dapat mengurangkan kos kerajaan dalam pengurusan teknologi maklumat jangka panjang.
Perkhidmatan awan juga akan membolehkan aplikasi Big Data, AI, IOT dan lain-lain digunakan untuk memantapkan perkhidmatan kerajaan.
SEKARANG
Aplikasi di sektor awam adalah sistem Back-end di premis untuk pengumpulan data.
Pegawai sektor awam akan menggunakan sistem ini apabila berurusan dengan orang awam.
Aplikasi juga digunakan untuk menjana laporan.
Selepas Transformasi
Aplikasi akan berada di awan.
Orang awam akan berinteraksi terus menerusi aplikasi ini melalui internet dengan menggunakan berbagai jenis peranti, di mana-mana sahaja.
Pegawai agensi menggunakan aplikasi Big Data, AI, dll untuk memantapkan perkhidmatan.
Pegawai sektor awam perlu memastikan capaian aplikasi sentiasa di peringkat 100%, 24 jam sehari.
Berdasarkan Komponen dan Rangka Kerja DGCCR yang merangkumi lapan Keupayaan Individu dan 17 Keupayaan Organisasi, Akademi Cloud Connect akan menawarkan kursus-kursus dan program-program latihan termasuk program untuk Digital Government Competency and Capabilities Readiness (DGCCR).
Akademi Cloud Connect juga akan bekerja sama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam memastikan semua Penjawat Awam, sekarang dan akan datang berada di tahap kemahiran yang sepatutnya.
Akademi Cloud Connect beroperasi secara fizikal dan maya, menggunakan aplikasi sedia ada TeMS (Training & Events Management System) sebagai sistem pengurusan yang mengendalikan semua aspek latihan dan pembelajaran.
SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.