Dalam dunia yang pantas dan serba kompetitif, infrastruktur IT perlu beroperasi dalam masa yang singkat.
Infrastruktur-sebagai-Perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service – IaaS) Cloud α menawarkan perkhidmatan infrastruktur IT terbaik dalam kelasnya tersendiri,bagi memenuhi keperluan institusi kerajaan. Ia menyediakan sumber pengkomputeran asas (pelayan fizikal atau maya) yang terdiri daripada komputasi, penyimpanan, infrastruktur rangkaian, firewall, dan ruang pusat data.
CIRI UTAMA
Pelanggan Cloud α boleh mengakses sumber awan dengan penyambungan awan dan keselamatan siber TM untuk menikmati:
Infrastruktur berprestasi tinggi yang mudah ubah dan dipercayai
Menggunakan model “bayar berdasarkan penggunaan”
Mampu menampung pelbagai beban kerja
CLOUD EYE
Cloud Eye adalah perkhidmatan untuk memantau sumber, menetapkan peraturan penggera, mengatur penggunaan sumber serta meningkatkan prestasi sumber.
CLOUD TRACE SERVICE
Cloud Trace Service (CTS) merekodkan operasi sumber awan dalam akaun anda untuk membuat analisis keselamatan, memantau perubahan sumber, melaksanakan pematuhan audit, dan mengesan masalah.
ANTI DDOS
Pertahanan DDoS pada lapisan jaringan dan aplikasi dengan pemberitahuan penggera masa nyata.
TAWARAN IAAS
Cloud α menawarkan pelbagai sumber untuk memenuhi semua keperluan aplikasi anda.
PENGGUNAAN AM
CPU DAN MEMORI SEIMBANG Membantu untuk meringankan beban kerja.
Contoh Kegunaan
Pelayan untuk ujian
Pelayan untuk pembangunan
Pelayan web untuk trafik rendah dan sederhana
KOMPUTASI DIOPTIMUMKAN
NISBAH CPU-KEPADA-MEMORI YANG TINGGI Untuk penggunaan komputasi tinggi seperti pelayan trafik web sederhana, peralatan rangkaian, proses berkumpulan, dan pelayan aplikasi.
Contoh Kegunaan
Aplikasi gred perniagaan
Pengkalan data hubungan
Pelayan web trafik tinggi
Penganalisaan data raya
Pelayan permainan rangkaian
MEMORI DIOPTIMUMKAN
NISBAH MEMORI-KEPADA-TERAS YANG TINGGI Untuk beban kerja dengan memori yang berat. Direka untuk pelayan pangkalan data hubungan besar, cache sederhana hingga besar, dan analisis dalam memori.
Contoh Kegunaan
Pengkalan data LargeSQL dan No SQL, SAP
Aplikasi gudang data
SEDIA UNTUK MAJU KE HADAPAN?
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.