PENYEDIA
PERKHIDMATAN
AWAN (CSP)
TM ialah syarikat telekomunikasi dan teknologi bersepadu yang terkemuka di Malaysia, menawarkan penyelesaian serta perkhidmatan rangkaian dan infrastruktur digital yang komprehensif untuk segmen pasaran pengguna, perusahaan, sektor awam dan syarikat pengendali di peringkat tempatan dan global. Sebagai pemacu Digital Malaysia, TM menginsankan teknologi-teknologi dalam jalur lebar tetap tertumpu, mudah alih, perkhidmatan data, perkhidmatan pintar dan penyelesaian inovatif untuk membina komuniti, perniagaan dan Kerajaan digital.
Komited untuk menambah baik kehidupan dan menyediakan capaian teknologi secara lestari kepada seluruh rakyat Malaysia, TM memanfaatkan amalan terbaik industri dan model operasi yang selamat dan tangkas untuk memacu penciptaan nilai pihak berkepentingan dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
TM telah menetapkan sasaran kelestarian di keseluruhan operasinya untuk meningkatkan prestasi perniagaan jangka pendek dan jangka panjangnya, dengan komitmen sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai asas transformasinya untuk menjadi sebuah TechCo yang berteraskan insan. Menerusi ekosistem tadbir urus korporatnya yang kukuh, TM mematuhi piawaian etika, integriti dan ketelusan tertinggi bagi membawakan penyelesaian untuk masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my
VISI & MISI
Membina Digital Malaysia menerusi teknologi yang memperkasa komuniti, perniagaan dan Kerajaan
Menyediakan capaian teknologi berteraskan insan secara lestari kepada seluruh rakyat Malaysia
- Untuk komuniti, kami memperkaya setiap detik kehidupan dengan penyelesaian gaya hidup yang menyeluruh
- Untuk perniagaan, kami melonjakkan pertumbuhan melalui penyelesaian menyeluruh dan usahasama strategik yang memacu transformasi perniagaan
- Untuk kerajaan, kami memacu aspirasi negara ke arah Digital
PENYELESAIAN KAMI
PERKHIDMATAN AWAN
Cloud α menghimpunkan perkhidmatan awan yang menyeluruh, profesional dan terurus.
PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER
Perkhidmatan keselamatan, TM ONE CYDEC – Menguruskan keselamatan siber pada rangkaian swasta dan awam secara berterusan, masa nyata (real-time) dan menyeluruh. Penyelesaiannya diyakini bagi membina ekosistem Malaysia Digital.
PERKHIDMATAN KESALINGHUBUNGAN
Membolehkan transformasi digital dilaksanakan dengan memfokuskan kepada seni bina infrastruktur dan kecekapan anggota menerusi perkhidmatan TM ONE Connectivity.
PERKHIDMATAN PUSAT DATA
Pusat Data Teras Berkembar TM ONE mendapat pensijilan PCI-DSS, ISO/IEC 27001 dan Reka Bentuk & Kemudahan Pembinaan ‘Uptime Institute Tier III’ kerana mematuhi syarat dan penghunian data pelanggan yang disimpan dalam penstoran tempatan di Malaysia.
PERKHIDMATAN KERJASAMA
Transformasi ke komunikasi berasaskan Opex yang fleksibel dan bersepadu membantu meningkatkan kolaborasi dan kecekapan, proses membuat keputusan, memperkasa pekerja, dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
PERKHIDMATAN BPO
Menyediakan perkhidmatan sumber manusia, penggajian, perakaunan, operasi pusat panggilan dan pengurusan media sosial. Fokus kami dalam perkhidmatan teras, sambil menurunkan CAPEX dan TCO.
PERKHIDMATAN PINTAR
Menggunakan IoT bagi meningkatkan perkhidmatan profesional dengan mewujudkan visi perkhidmatan pintar, penyelesaian pra-arkitek dan perkhidmatan terurus.
BLOK UTAMA KAMI
- Kepada pelanggan, melalui pengalaman komunikasi gaya hidup konvergen.
- Kepada perniagaan, secara berkolaborasi dan memberi sokongan melalui penyelesaian bersepadu.
- Kepada negara, dengan menyokong pembangunan sosio-ekonomi melalui pendidikan, inovasi dan inisiatif-inisiatif sosial.
INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA
- Pusat Data Khusus
- Kesalinghubungan Kukuh
PENYELESAIAN BERKUALITI
- Penyelesaian Pasaran
- Perkhidmatan Awan
SOKONGAN KHUSUS
- Sistem Sokongan
- Saluran Omni
TRANSFORMASI DIGITAL HOLISTIK
- Perkhidmatan Digital IoT
- Warganegara Pintar
KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA
Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.