MASA DEPAN

ANDA KINI

KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA

Perkhidmatan pengkomputeran awan membolehkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan inovatif kepada rakyat dengan lebih pantas tanpa perbelanjaan besar. Namun, ini turut menyukarkan organisasi berhijrah ke perkhidmatan awan yang lebih lancar, telus dan yakin. 

PIAWAIAN
TEKNOLOGI

Kebergantungan teknologi legasi menyebabkan organisasi tidak mampu menyelarikan infrastruktur IT dengan teknologi terkini  

PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN

Kekurangan pakar dalam bidang perkomputeran awan bagi mengendalikan persekitaran awan pelbagai (multicloud) yang kompleks. 

KETELUSAN DAN KECEKAPAN KOS

Caj egress tersembunyi dan kos boleh ubah yang lain menyebabkan kos serta perbelanjaan akhir melebihi peruntukan 

KETIDAKSETARAAN SISTEM

Kesukaran mengintegrasikan ratusan sistem tidak seragam dan berasingan dalam satu ekosistem yang lancar 

MEMENUHI KEPERLUAN WAKTU PUNCAK

Sistem berasaskan on-premise tidak mampu menampung akses tinggi pada waktu puncak lalu menjejaskan prestasi sistem 

KAMI SEDIA MEMBANTU

TM Cloud α disokong oleh keterhubungan awan dan keselamatan siber TM yang kukuh serta bekerjasama dengan penyedia teknologi global yang terbaik.

Ini disokong platform pengurusan awan serta perundingan yang komprehensif untuk membolehkan organisasi berpindah ke awan dengan yakin, telus dan boleh ramal. 

KEUPAYAAN MENYELURUH

Pelbagai mod awan dengan rangkaian kesalinghubungan terluas bagi memenuhi keperluan anda.

INFRASTRUKTUR AWAN

Infrastruktur IT terbaik bagi membangunkan perkhidmatan awan dengan segera, menjimatkan kos, mudah diubah serta ke arah transformasi digital.

PLATFORM AWAN

Lengkap, mudah dan fleksibel bagi membina dan mengekalkannya di lokasi.

PERISIAN AWAN

Perisian aplikasi, peralatan dan penyelesaian yang fleksibel serta mudah diakses.

PERKHIDMATAN PROFESIONAL

Akses kepada kumpulan pakar IT tempatan yang terbesar di Malaysia, bersedia untuk membantu anda. 

PLATFORM PENGURUSAN AWAN

Membantu organisasi menguruskan pelaksanaan mereka dalam persekitaran awan hibrid dan awan pelbagai dengan mudah.

TCO LEBIH RENDAH

Tiada kos pindahan data (ingress/egress) dan kos tetap dalam Ringgit Malaysia. 

KECERDASAN BUATAN DAN ANALITIK DATA

Analitik data dan AI untuk meningkatan perkhidmatan digital kerajaan.

KAMI MEMAHAMI CABARAN ANDA

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.